Sibuk Membataskan Blogging
08/02/2007
Assalamualaikum wbr
Dekat sebulan aku tak update blog. Tak tahulah atas sebab apa. Mungkin kekangan waktu yang menyebabkan masa untuk menghadap komputer pun kurang. Apatah lagi banyak kerja-kerja berat lain yang lebih penting aku kena utamakan sebelum blog ni sendiri. Kadang-kadang aku terfikir, betul ke aku sangat sibuk atau berpura-pura sibuk? Nanti, aku kata sibuk orang kata orang yang bekerja lagi sibuk tapi ada saja masa untuk berkongsi cerita. Hm.. let me think..
Lepas habis forum, AGM baru nak bermula. Masuk bulan lapan dewan memang full. Aku sendiri pergi turun pejabat maintenance tanya. Memang full gila. Cadangnya nak buat hari Khamis, tertunda ke hari Jumaat. Dari Jumaat petang, tertunda lagi ke Jumaat Malam. Dari Jumaat malam tertunda ke Isnin. Lepas Isnin memang entah ke mana aku sendiri tak pasti. Macam uni lain, AGM penting untuk setiap kelab atau persatuan, betul tak? Meeting perlu dibuat segera.
Dari masa ke semasa, aku terasa macam aku takda masa untuk diri sendiri. Hehe! Untuk orang lain ada, untuk diri sendiri tak ada. Tapi, aku tak pernah abaikan orang lain. Kadang aku rasa bersyukur sebab kesibukan aku tak pernah bataskan aku untuk bertemu atau menghabiskan bersama orang-orang tertentu. Walaupun dah tak sama kelas dengan Sha, masa untuk kitorang berjumpa tetap ada. Sesekali balik kelas aku singgah bilik dia tanya keadaan dia, atau bercerita itu ini. Betul, memang aku tak menentu waktu free aku. Dengan adik-adik wing, aku ada masa spend dengan diorang setiap malam. Dengan Oren, aku tak surelah dia terasa aku abaikan dia atau tidak. Aku cuba untuk berada dalam zon selamat, tidak abaikan dia langsung. Tapi perasaan dia siapa tahu, betul tak? Mak dengan abah je, aku macam tak pernah contact diorang. Dulu, abah selalu contact. Tapi sekarang, abah macam dah tak contact aku melainkan ada hal-hal tertentu je. Terasa juga. Tapi, kesan sampingan yang mungkin emosi dari tekanan masa ke semasa.
Em.. memang ada rasa macam tak cukup tidur. Yelah, malam tidur pukul 1 atau 2 untuk study. Siang-siang tak sempat nak study. Walaupun habis kelas pukul 10 atau 12, belum tentu aku akan balik bilik. Biasanya ada meeting yang mengambil masa dalam 1 atau 2 jam untuk settlekan. Haha! Aku rasa macam nak perasankan diri kejap, rasa macam dah kurus sikitlah. Hahaha! Tak adalah, gurau je. Masih maintain macam dulu. Kali ni aku kerap sakit-sakit kepala, sakit badan memang biasalah lepas uruskan forum perdana minggu lepas memang tak cukup tangan kerja. Aku asyik fikir nak pergi klinik je. Yela, dulu doktor pernah kata ada masalah bahagian jantung, tapi tak dapat dikenalpasti lagi masa tu. So, ingat nak buat MC lagi dan cek sekali badan aku macam mana keadaannya. Stabil ke tak stabil ke, sakit sana sini ke, perlu tahu juga tu.
Aku sebenarnya nak bercerita tentang perjalanan hidup sepanjang dikampus ni selama sebulan, tapi masa memang tak mengizinkan. Aku ada masa ni pun sebenarnya ada KOKO, tapi di sebabkan lecturer tak masuk selepas menunggu 40 minit, kami pun balik meninggalkan tempat belajar. Aku cadangkan dekat Sha pergi lab, dengan niat nak masuk friendster kejap. Tapi malangnya aku tak reti nak buka friendster dekat sini. Yang paling kejam myspace boleh pula si Sha ni access. Huhu. Sabar betul aku. Lepas ni belum tentu ada masa untuk mengonlinekan diri. Niat dihati memang nak buat hotspot, tetapi aku tak pasti laptop aku tu. Macam tak boleh on kan hotspot macam tu je, kena ada software tertentu pula. Tak apalah, nantu balik aku tanyakan pada abah macam mana.
Hm.. apa-apapun aku akhiri tulisan kali ini dengan.. em.. tak ada apalah. Haha! Takda idealah. Aku sebenarnya ada buat baju labuh, eh.. belum. Sedang dalam proses. Aduh, nantilah. Pening aku nak cerita benda yang belum jadi lagi. Tak apalah. Dalam masa terdekat ni akan ada test dan kuiz Costing. Takutnya. Doakan kejayaan aku dan sahabat-sahabat disini. Insyaallah, kalau berpeluang aku cuba update lagi ye blog sayang.
Wassalam.

