Selamat Datang UiTM, Selamat Tinggal BP

07/05/2007

Salam alaik.


Pejam celik, pejam celik, memang masa berlalu agak cepat jugalah. Esok dah kena bertolak ke Segamat. Mulut aku memang bising tak sabar-sabar nak balik. Tetapi, hati kecil ini siapalah yang tahu. Banyak benda yang aku lalui kadang-kadang aku tidak tahu sebenar-benarnya dimana hati kita mahu ditempatkan. Iyalah, kadang-kadang perasaan dipinggirkan itu menjadi satu tabiat yang sering berlaku. Bila hal ini terjadi, hati kita berkeras tidak mahu menetap di situ walaupun di situlah tempat tercurahnya berjuta-juta kasih sayang tanpa nilai yang mampu di bilang.


Makin hari, kekuatan untuk berganjak keluar semakin kuat. Adakah kerana rindukan teman-teman? Ataupun sudah jemu berada di sini melihat dan melakukan aktiviti yang sama berulangan dari pagi sehingga ke lewat malam? Entahlah, yang penting deras hati ini tidak suka dengan bibit bicara yang mengguris hati, yang seperti aku tidak punya nilai. Tetapi, katup bibir lebih indah dari terburai kata-kata nista yang barangkali boleh mencungkil rasa benci dan dendam. Pendam itu lebih baik dari berkata-kata jika buruknya lebih dahulu dari baiknya.


Sepatutnya aku tak perlu mengeluh, tetapi aku tak mampu menyimpan juga. Minggu ni sahaja sudah 2 kali insan yang sama mendaki-daki perasaan mulus dengan menjatuhkan kekuatan dan keyakinan aku. Sudahlah dari kecil memang begitu sikapnya, sudah besar jika masih mendapat layanan yang sama, barangkali otak akupun sudah beku dan tidak mampu bergerak lebih jika ia berlaku dan berlaku lagi. Tetapi, itulah namanya ujian hati. Allah seringkali menguji kekuatan hati, kekuatan hati dan kekuatan hati aku. Lihatlah aku dari kejauhan, nescaya kamu tidak nampak aku dalam kerungsingan, bahkan aku tidak ada masalah yang bertimbun. Ujian yang jelas itu rasanya lebih mudah untuk diharungi sedangkan ujian hati sukar untuk diselak masalah sebenarnya. Hati itu terkumpul dengan berbakul-bakul perasaan pendam sejak kecil. Biarlah.. biarlah Tuhan saja yang memujuk dan membaik pulihkan.


Cukuplah rintihan yang si pembaca mungkin keliru dan mungkin juga ada yang akan menyalah tafsirkan aksara-aksara yang termaktub di dalam diari hidup ini. Doakanlah agar perjalanan kita sama-sama di bimbing Allah senantiasa.


Dua


Aku masih berkira-kira rancangan untuk menarik adik-adik baru. First batch barangkali lebih banyak kepayahan daripada kesenangan. Tetapi, cuba itu sangat diperlukan. Aku tidak punya banyak masa untuk berlengah-lengah. Dalam masa yang sama, aku sendiri kurang pasti jadual untuk diri sendiri bagaimana. Mungkin sibuk atau mungkin tidak. Apatah lagi, aku sendiri yang telah mencadangkan pada Mia 2 minggu yang lepas untuk mengadakan meeting penting kelab IH untuk mengemaskinikan exco-exco dalam kelab agar kelihatan teratur untuk disebarkan pada adik-adik baru. Aduhai, aku sendiri sedang tidak pasti di mana kedudukan kami sekarang.


Esok pendaftaran. Nak berdaftarpun kena saing-saingkan? Haha! Akulah tu. Mulanya aku memanglah nak daftar sendiri. Lepastu Sha suruh tunggu dia untuk daftar sama-sama. Bila Nadia tahu, diapun nak sama-sama berdaftar. Tiba-tiba Ash pun terpikat untuk bersama-sama meregisterkan diri. Hehe!


Aku beritahu Sha tentang niat aku pada budak-budak baru nanti, tapi nampak gayanya dia kurang mengerit maksud aku yang sebenarnya. Terasa lucupun ada bila apa yang aku katakan semuanya berbeza dengan apa yang dia faham. Gelak besarlah aku bila baca. Bukan sekali dua je, banyak kali pula kejadian macam tu berlaku. Tak apalah, nanti di sana kita berbincang lebih ya? Niat aku adalah mengadakan circle atau usrah untuk budak-budak baru, itu je. Dia mulalah berbelit ke sana ke mari. Nah, aku pula yang jadi tukang konfiusnya. Em.. aku beritahu Sha yang aku harap kita masih boleh berkawan walaupun aku buka alternatif untuk budak-budak baru untuk dimentor oleh aku secara direct atau indirect. Sha kata, “true friends never dies”. Haha! Yo’o jelah ayat dia. Aku sengih je. Dia sambung pasal Ash. Katanya Ash nak berkawan sama-sama dengan dia sebab diorang sama-sama kena repeat the same subjeklah agaknya. Akupun kata ok. Tapi, janganlah berdua saja. Dahlah diorang tu dua-dua repeat, apasalahnya berkomunikasi dengan pelajar-pelajar baru yang lain untuk sama-sama manfaatkan ilmu-ilmu yang masing-masing faham, betul tak? Ta[pi sebenarnya, Ash ni ego dia kuat sikit. Aku kalau berkumpulanpun tak berapa gemar nak satu grup dengan dia. Tapi, tak apalah. Doakan yang terbaik untuk keduanya.


Hey, doakan yang terbaik untuk kami. Bukan di kampus sahaja, moga-moga pintu hidayah insan-insan ini terbuka luas untuk mempraktikkan kebenaran Islam itu sendiri. Apalah gunanya kalau hafal 2 juzuk sekalipun tetapi masih lagi terbuka auratnya, masih lagi bebas pergaulannya, masih lagi bersifat dusta dan macam-macam lagi. Al-Quran bukan untuk di hafaz sahaja, tetapi di hadamkan isinya ke dalam diri dan jiwa kita.


Selamat memulakan pengajian baru buat semua yang akan memulakan kelas Isnin depan. Berusahalah!

Tak Sabar

Salam alaik


Pagi ni sangat cerah. Alhamdulillah, sempat lagi bernafas. Em.. pejam celik pejam celik, tinggal seminggu untuk pulang ke kampus. Aduhai, macam-macam dalam kepala otak ni berlegar. Sebenarnya seminggu tu bukanlah satu jangka masa yang panjang, tapi sangatlah pendek. Kerana, tempoh seminggu itu terlalu banyak pernah aku alami. Biar aku peringatkan jangka itu adalah panjang, namun tempohnya cukup pendek yang amat. Subhanallah, bukankah salah satu tanda-tanda bumi ini akan lenyap adalah apabila waktu mengejar kita lebih tangkas dan cepat?


Aku berkira-kira ’strategi’ untuk adik-adik baru biarpun aku tidak tahu sekuat dan sejauh mana aku mampu bertahan dengan peredaran masa yang juga akan mencemburui aku lewat hari-hari ‘persekolahan’. Tetapi, harus juga tempoh dan cuba untuk dapatkan mentee-mentee yang berkesan sebagai pelapis akan datang. Belum lagi di susun sebenarnya, memang kekangan waktu tidak mengizinkan aku duduk dan berfikir dengan tenang bagaimanakah permulaan itu bisa dimulakan? Entah - jawapannya.


Sabtu, esok ada majlis ilmu di pejabat JIM Johor. Em.. abah kurang izinkan aku pergi. Katanya ustaz yang sampaikan itu bukannya kamu tak kenal, benda yang sama juga dia akan sampaikan yang kamu dah dengar dekat 10 kali agaknya. Aku diam sajalah. Alah, tak apalah. Lagipun..


Ahad tu aku nak tolong akhawat menjaga gerai di UTM Skudai, under kelab IQRA di minggu MHS mereka. Apa salahnya kan abah? Em.. maybe aku akan tidur di sana untuk 2 hari. Isnin baru pulang ke rumah, naik baslah kan. Tengoklah macam mana. Lepas dengar penjelasan, abah diam saja. Mak memang dari tadi menyepikan diri, entah kenapa. Abah suruh habiskan sisa-sisa masa bersama ‘keluaga’ lah kononnya. Tetapi, memang weekend masa yang seronok untuk berkumpulkan? Abah pun bercuti-cutian tempoh 2 hari tersebut. Entahlah, bersalah juga.


Tak apalah, bisa di atur insyaallah.


Dua.


Dalam aku kekalutan dengan kehidupan aku sendiri, acapkali Sha keluhkan mengenai subjeknya. Kesian. Terpaksa dropkan dua subjek untuk sem ini. Memang terkilan aku mendengar. Lepastu, PT kena tarik pula tu. Aduh, lagi terkesan dalam lubuk hati ni.


Aku tak tahu cara terbaik untuk buat dia lega, untuk buat dia rasa tenang dan mengelakkan diri dia dari bersifat tidak tentu arah. Tapi, sempat juga dia berhibur dengan sahabat-sahabat lamanya dengan bermain bowling (?) Haha! Lain orang lain caranya.


Nampaknya aku tidak akan bersama dengan dia dalam kebanyakan kelas-kelas yang dia duduki. Aku dah janji pada dia untuk membantu dia dalam subjek-subjek yang perlu dia ulangi. Sebab itu aku cadangkan pada dia untuk membeli kertas-kertas peperiksaannya sebagai rujukan di mana letaknya kelemahan dia sebenarnya. Subjek-subjek yang dia perlu ambil semula adalah subjek-subjek yang kami belajar bersama-sama siang dan malam. Bahkan dia juga lebih fokus berbanding aku. Dalam keadaan aku yang kurang stabil emosinya dia juga mengatasi aku. Itu yang mencipta kepelikkan dalam diri ini. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan dia terkurang dalam menelaah subjek-subjek tersebut?


Dua tiga hari ni aku sibuk dengan pendaftaran kursus. Semua orang bising takut kelas penuh. Alahai, hari pertama aku masuk website memang kebanyakannya kosong lagi. Esoknya dah ramai. Pelik betul. Macam tahu-tahu pula aku sedang mengisi kekosongan-kekosongan tersebut. Nadia dan Sha yang berkali-kali turun CC dengan niat yang sama akhirnya putus asa bilamana setiap kali mereka turun, memang jem tak boleh nak masuk. Kesian diorang. Jadi, akulah jadi pembantu peribadi mereka. Melekat depan PC ni menanti saat bilalah sistem ni tak jem, barulah mudah access. Tapi servernya tetap lambat, lambat sangatlah.


Nadia tak ada masalah dengan subjek dia. Sha dan Ash antara yang aku faham terdapat masalah dengan subjek-subjek. Ash asalnya nak berhenti, sayang kalau dia berhenti. Memang Ash mengelami tekanan masa hari-hari peperiksaan. Kenapa? Mungkin dia agak lambat untuk fahami beberapa topik yang sukar. Kesian, tapi itulah hakikatnya kelemahan sesetengah manusia. Mungkin perangainya yang malu untuk bertanya kat sesiapa(ego[?]) menyebabkan dia tersekat seorang diri.


Insyaallah, doakan kejayaan mereka dunia dan akhirat.


Tiga


Shopping! Nak shopping nak shopping. Hehe! Nadia ajak pergi bandar minggu depan. Nak pergi! Cuma tengok-tengok baju kot. Nadia kata nak tengok kasut. Di sebabkan kolej dan bilik kuliah kitorang agak jauh, memang kenalah cari kasut yang ‘ganas’ sikit supaya tak mudah terputus dalam tempoh 6 bulan.


Apa-apa pun at the same time rasa tak sabar nak balik kampus. Rindu semua kawan-kawan. Tak sabar nak start belajar. Haha! Sungguhpun begitu, tak tahu nak expect apa junior-junior akan datang nanti. Oh ye, Lynn masuk UiTm juga! Alhamdulillah, kitorang akan bertemu. Tak sangka.


Okla. Stop sampai sini. Salam.