Assalamualaikum wbr.


Hari ni permulaan blog baru. Setiap titik permulaan mesti dimulakan dengan ummulkitab al-fatihah. Macam nak berusrah pula.


Yang baru itu bermula apabila kita berazam untuk sesuatu yang baru. Kita nak tinggalkan yang lama agar yang lama itu tidak menghantui yang baru. Bukan kita lupakan langsung yang lama, cuma untuk setapak kedepan kita jangan pandang ke belakang. Mungkin ia bakal mendukakan kemudian terjelupuk ditengah jalan. Siapa yang akan teruskan perjuangan azam baru kita jika baru setapak sudah terjatuh? Orang lain tidak tahu diri kita, azam kita dan kehendak kita. Orang lain tidak nampak tujuan kita selagi impian kita itu belum tercapai.


Sebelum Islam gemilang pada zaman Abassiyah, umat Islam belum ada tamaddun. Sebelum ada daulah, umat Islam hidup dalam kegusaran. Sentiasa dipijak-pijak oleh orang kafir, seumpamanya zaman kita sekarang ini. Rasulullah telah diberi petunjuk oleh Allah bahawa umat Islam akan beroleh kemenangan. Dari zaman ke zaman, akhirnya tamadun Islam menjadi satu realiti. Itulah ‘azam’ yang Rasulullah impikan selama ini. ‘Azam’ itu bermula dengan kesusahan, macam mana orang-orang Islam terpaksa berkorban nyawa dan harta untuk memastikan ‘azam’ itu di capai oleh orang-orang Islam akan datang. Bahkan kita juga adalah umat baginda yang sepatutnya meneruskan perjuangan baginda yang kita sendiri sudah mengerti ‘azam’ sebenar baginda.


Walhal, jika diukur dengan kayu pengukur di manakah skala keazaman aku ini sebenarnya berada di tahap hilangnya orang-orang Islam yang benar-benar berazam tetapi yang tinggal hanyalah orang-orang munafik yang mengejarkan material dunia dan lupakan ‘azam’ baginda saw. Dimanakah aku? Aku berada di Mekah.


Dua.


Jumaat 2 minggu lepas aku berada di JB menyedut ilmu-ilmu bagaimana menjadi murabbi yang baik, bagaimana memastikan usrah itu sebenarnya adalah usrah dan bukan usrah di dalam TV9 itu semata-mata. Dan pelbagai lagi kaedah untuk jadi penggerak yang berkesan. Moga kesannya tercalit kemas di dalam diri dan mengamalkannya dengan azam yang baru sem akan datang. Nantikan perubahan InsyaAllah.


Sehinnga Rabu yang lepas, aku pulang ke BP bersama Kak Mar. Terasa ada tautan ukhuwah yang kukuh antara kami semua. Seronok sangat. Dapatlah aku habiskan masa seharian dirumah membentuk taik-taik mata. Haha! Penatlah.


Jumaat pagi, aku bertolak ke Intekma Resort, Shah Alam bersama Noor dan Gha. Alhamdulillah, walaupun kami sebenarnya terbertolak lambat dari rancangan asal, tetapi kami berjaya sampai di perkarangan Intekma setengah jam awal. Masa tu memang yang ada fasilitator sahaja yang berlegar. Solat dan terjumpalah beberapa sisters dari UK dan Ireland. Sangat happy sebenarnya. Tak tahulah jika mereka tak happy bertemu dengan diri ini. Apa-apapun, pelbagai halangan juga buat dua kanak-kanak dari UTHM tu untuk berdaftar. Haha!


Oh ya, kami ke sini bertujuan menghadiri program KONSIS yang diadakan setiap tahun dan yang ini adalah kali ke-4. Pertemuan ini adalah bertujuan mengumpulkan semua penggerak dari serata tanah air untuk berkongsi cerita dan sekaligus menggunakan ilmu baru untuk diamalkan bersama-sama ahli usrah yang baru.


Entah kenapa, sepanjang aku di KONSIS seolah-olah nikmat menuntut ilmu itu ditarik oleh Allah. Mengantuk sepanjang masa. Inilah pertama kali aku menghadiri program yang menyebabkan aku mengantuk sepanjang masa. Memang cukup tak puas hatilah. Puas aku membaca macam-macam untuk menghilangkan ngantuk. Tetapi, terasalah nikmat tersebut ditarik. Aku rasa macam kosong. Mungkin niat aku terpesong dari niat asal? Astaghfirullah. Aku sangat rasa tak best sebenarnya lalui semua ni. Walau macam manapun, mungkin ini pengajaran yang patut aku ambil dan bersihkan niat setiap kali memulakan sesuatu, hanyalah kerana Allah semata-mata.


Tiga.


Dunia yang begitu kecil.
Dunia cyber yang terlalu pencil.
Rupanya blogger yang dikenali di alam cyber diletakkan di dalam bilik yang sama.
Tiada kebetulan dan itu adalah perancangan dari Allah swt.


Salam perkenalan kak Maryam, dan terasa sungguh kerdil bila terjumpa dengan kak Maryam. Dalam satu bilik pula tu. Terasalah sangat segan bila bertemu dengan wajah-wajah yang pernah menutur dihati bait-bait tulisan dari insan kerdil ini. Moga kita sentiasa berhubung selalu.


Silalah lawati blog ukht Maryam di http://meryamabuahmad.blogspot.com


Empat.


Aku akhiri coretan hari ini dengan ucapan terima kasih di atas sokongan kalian dan moga bertemu dalam urusan yang Maha Esa di masa-masa akan datang.


Wassalam.